Terma & Syarat

Setiap pembelian yang dilakukan melalui web ini adalah mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak (MYBEBEKIDS dan pembeli). Anda dinasihatkan untuk menyemak dan memastikan segala pembelian diteliti sebelum meneruskan langkah pesanan terakhir dilakukan.

 

Pihak kami akan memastikan setiap barang yang dibeli berada di dalam keadaan baik sebelum pengeposan dilakukan. Barang yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan kecuali kesilapan tersebut terbukti disebabkan oleh pihak kami sendiri.

 

Bagi membolehkan anda meneruskan transaksi, anda perlulah membaca serta menerima terma dan syarat-syarat di bawah :

  1. Anda hendaklah memastikan & mengesahkan produk beserta kuantiti yang dipesan, alamat penghantaran, nombor telefon, cara penghantaran & kaedah pembayaran yang dipilih oleh anda adalah betul & tepat mengikut pengesahan pesanan.
  2. Semasa anda mengesahkan pesanan, anda perlulah membenarkan syarikat untuk mengecaj kad kredit / debit anda untuk pembayaran pesanan yang telah dibuat, jika anda memilih untuk menggunakan kad kredit sebagai cara pembayaran anda.
  3. Anda bersetuju untuk membayar caj Pengendalian (pengeposan, caj pemprosesan, dan lain-lain) seperti yang tertera di dalam invois.
  4. Selepas anda mengesahkan pesanan, anda perlu bersetuju bahawa pesanan atas talian anda adalah MUKTAMAD dan TIDAK boleh diubah, dipadam atau ditukar dengan produk lain.
  5. Anda telah bersetuju dengan jadual penghantaran berikut:

Jika pesanan telah disahkan, ia akan dihantar kepada anda mengikut tempoh seperti berikut

    1. Daerah setempat dan kawasan bandar; jangkaan limit 4-5 hari bekerja dari tarikh pesanan.
    2. Daerah luar kawasan & Sabah / Sarawak / Labuan; jangkaan limit 7-10 hari bekerja dari tarikh pesanan.

  1. Apabila anda menerima pesanan dari perkhidmatan kurier, pastikan anda memeriksa dengan memastikan produk dan kuantiti yang diterima adalah betul seperti yang dipesan. Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan dalam tempoh 7 hari dari tarikh resit sekiranya terdapat sebarang percanggahan. Segala percanggahan yang dilaporkan selepas tempoh yang diberikan TIDAK akan dilayan.
  2. Pesanan yang dibuat menerusi atas talian menggunakan perkhidmatan kurier tidak boleh dipulangkan dan ditukar melainkan produk yang diterima oleh anda tidak menepati pesanan yang dipinta, mempunyai masalah kualiti atau dalam keadaan yang tidak boleh digunapakai.