Tentang Kami

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 

Selamat datang ke kedai online kami – MYBEBEKIDS, kedai pilihan ibubapa dan juga guru untuk mendapatkan alat bantuan mengajar untuk anak-anak tersayang.

 

MYBEBEKIDS telah ditubuhkan pada Januari 2015. MYBEBEKIDS berdaftar dengan SSM di bawah naungan NZ GLORY ENTERPRISE (SA0369949-X).


Kami menjalankan perniagaan sebagai pembekal dan juga peruncit atas talian (online retailer) untuk produk-produk berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Kami membekalkan ibubapa dan juga guru dengan pelbagai jenis bahan bacaan dan pendidikan untuk anak-anak seperti buku, kad imbas, flip card, poster, alat bantuan mengajar serta permainan untuk pendidikan anak-anak.


Buat masa ini kami hanya menjalankan perniagaan di atas talian (online) sahaja.

 

Kami memulakan perniagaan dengan menjual bahan bantuan mengajar untuk bayi dan kanak-kanak, InshaAllah pada masa akan datang kami akan mempelbagaikan lagi produk di kedai online kami. Anda juga boleh memberi cadangan untuk penambahbaikan produk yang sesuai untuk dimasukkan ke kedai online kami.

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen, sila hubungi kami. Kami berharap dapat membantu ibubapa serta guru-guru memberikan bahan pendidikan yang terbaik dan berkualiti untuk anak- anak yang tersayang.

Terima kasih.