How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk - Edisi Bahasa Melayu

How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk - Edisi Bahasa Melayu

Memiliki anak-anak yang comel memang satu anugerah. Namun mendidik mereka bukan calang-calang cabarannya. Tambahan pula apabila anak-anak sudah mula petah bercakap dan sudah bijak berfikir. Sekiranya ibu bapa tersalah langkah dalam mendidik anak-anak, pendekatan negatif seperti menghukum, memukul, menengking, dan sebagainya akan dianggap sebagai pendekatan yang efektif.

Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik dan mendisiplinkan anak seperti :

  • Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka

  • Mewujudkan Kerjasama

  • Alternatif Selain Hukuman

  • Galakan Berdikari

  • Pujian

  • Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan

  • Menggabungkan Semuanya Bersama

Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka, ambil masa dan sentiasa berikan usaha terbaik dalam mendidik supaya mereka tidak membesar dengan sia-sia.

 

ISI KANDUNGAN

 

Pengenalan

Bab 1: Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka

Bab 2: Mewujudkan Kerjasama

Bab 3: Alternatif Selain Hukuman

Bab 4: Galakan Berdikari

Bab 5: Pujian

Bab 6: Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan

Bab 7: Menggabungkan Semuanya Bersama


REVIEW BUKU

 

Cetakan Pertama Habis Terjual. Kenapa Buku Ini Sangat Laku Keras?

 oleh Asri Yussof

 

Buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk adalah karya terjemahan dari Scribner yang berpusat di New York. Buku ini ditulis oleh Adele Faber & Alaine Mazlish dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh Nora Herni Abd. Rahim

Ramai yang tertanya-tanya kenapa buku ini menjadi begitu laris? Jawapannya adalah kerana kandungan buku ini berbeza dengan kandungan buku-buku lain yang ada di pasaran buku Malaysia yang mengetengahkan aspek ‘parenting’.

Kebanyakan buku tentang parenting selalu bercakap mengenai hukuman bukan mengenai cara berkomunikasi dan berinteraksi.

Berbeza dengan How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk. Buku ini memberitahu kepada semua ibu bapa, mereka perlu berbeza di rumah.


Ibu bapa sering menafikan perasaan dan pendapat anak-anak. Sebenarnya, hal ini akan cenderung mengelirukan dan membuatkan anak cepat marah dan berang dengan kita.

Contoh penafian yang sering dilakukan oleh para ibu bapa kepada anak-anak mereka, adalah seperti ini:

“Mak lebih makan garam daripada kamu”

“Kamu  hanya cakap begitu sebab kamu tidak faham lagi erti kehidupan”

“Pergi buat kerja sekolah, kalau tidak belajar bersungguh, nanti besar hidup merempat”

Sedar atau tidak, sebenarnnya kenyataan-kenyataan sebegini menanam satu perasaan yang dalam dan dipendam oleh anak-anak. Untuk jangka masa yang panjang ia boleh menjadi sesuatu yang bakal mengejutkan kita.

Sebenarnya, buku ini diterbitkan pada tahun 1982 lagi dalam versi bahasa Inggeris dan diterbitkan semula dengan kulit buku baru yang anda pegang sekarang pada tahun 2012 sempena ulang tahun ke-30.

Penulis buku ini, Adele Faber dan Elaine Mazlish adalah pakar antarabngsa terkemuka dalam bidang komunikasi antara orang dewasa dan kanak-kanak. Mereka berdua berjaya memenangi penghargaan ibu bapa dan pengiktirafan penuh dalam bidang ini.

Adele Faber merupakan merupakan graduan dari Queens College. sebelum memulakan kerjaya sebagai konsultan dalam bidang kekeluargaan, beliau bertugas sebagai guru di New York City High selama lapan tahun.

Elaine Mazlish merupakan graduan dari Universiti New York dalam bidang Sains. Selain menulis, beliau juga merupakan pengarah program kanak-kanak di Grosvenor House dan Lenox Hill Settlements.

Buku berjudul Sibling Without Rivalry dan How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk yang ditulis oleh mereka berdua terjual lebih 3 juta naskhah dan mendapat julukan 'The Parenting Bible'.

  • Views: 127
  • Product Code: How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk
  • Availability: In Stock
0 Product(s) Sold
  • RM25.00

Tags: How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk - Edisi Bahasa Melayu

Menulis adalah satu kemahiran. Untuk menulis anak anak perlu mempunyai beberapa kemahiran lain terl..
RM20.00
Include:1 Set Button Nail Box1 Set Creative Geometry Box1 Set Creative Gear Box36 Gambar3 Pegboard A..
RM207.00 RM129.90
Description: Material: Silicone Color: Random Colors Scope of application: 3 to 12 years old effe..
RM3.00
Details :Sesuai untuk anak seawal 4 tahun.✔ 118 m/s berwarna-warni.✔ Latihan sahaja.✔ Boleh digunaka..
RM35.00
Buku Cerita Allah Cipta Saya  hasil karya Puan Ashikin Hashim ni memang sangat best kerana :➡ S..
RM18.00
5-Minutes Bedtime Reminders For Little Ones Author: Dr Anayasmin AzmiMedium: English LanguageDe..
RM18.00
Included:1 bag, 46pcs colorful buttons, 10 different pictures and storage trayFeature:Match and snap..
RM69.00 RM49.90
1 Pegboard Art1 Storage Tray12 Gambar9 Gear ButtonTerdapat 22 bentuk dan warna yang berbeza. Si keci..
RM69.00 RM49.90
Easier for early learning, help to differentiate shape and colour.This is a set of shape learning pu..
RM69.00 RM49.90
Children can drill colorful screws into the board to make tons of cool designsDrill uses 2 X AA batt..
RM89.90 RM48.00