Ensiklomini Ibadah Untuk Kanak-kanak

Ensiklomini Ibadah Untuk Kanak-kanak

Ensiklomini ibadah menghimpunkan pelbagai info tentang perkara asas dalam Islam. Kanak-kanak dapat memahami penerangan info tentang perkara asas ini dengan mudah. Penggunaan kosa kata ringkas dan ilustrasi menarik membantu kanak-kanak meningkatkan ilmu pengetahuan dalam Islam.

Selain itu, ensiklomini ini diperkaya dengan kosa kota dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat mempelajari bahasa ketiga. Ilustrasi yang terdapat dalam buku ini juga memaparkan nilai-nilai murni yang dapat dipelajari oleh kanak-kanak.

Kelebihan yang terkandung dalam buku ini menjadikan ia hadiah terbaik untuk anak-anak.

Contoh Bab:


  • Azan  
  • Iktikaf 
  • Istighfar 
  • Baligh 
  • Tayamum 
  • Tahajud 
  • Salji 
  • Jumaat 
  • Jenazah  
  • Haji 
  • Hadas
  • Khutbah 
  • Doa 
  • Zikir 
  • Ramadan 
  • Rawatib 
  • Zakat 
  • Sunah 
  • Sa’i 
  • Sahwi 
  • Syahadat 
  • Solat 
  • Saum 
  • Dhuha 
  • Thaharah 
  • Tawaf 
  • Zuhur 
  • Akikah 
  • Aidil 
  • Umrah 
  • Ghaslu 
  • Fajar 
  • Qiamullail 
  • Korban 
  • Kusuf 
  • Kaabah 
  • Lailatulqadar 
  • Masjid 
  • Musafir 
  • Niat 
  • Najis 
  • Wuduk 
  • Wukuf 
  • Yaumul Baidh 

 

***********************************************************
 
REVIEW
 

Harapan setiap ibu bapa pastinya mahu memiliki anak yang soleh. Dan anak mereka inilah yang akan mendoakan kesejahteraan untuk mereka pada bila-bila masa. Justeru, impian untuk memiliki anak yang soleh perlu digandingkan dengan usaha yang berterusan. Kenalkan mereka dengan Tuhan, dedahkan tentang Islam, dan ajar mereka beribadah.

Asas untuk mereka mengenal Tuhan dan suka beribadah boleh dimulakan dengan buku Ensiklomini Ibadah untuk Kanak-Kanak. Dengan buku ini, anak-anak dapat mengenali Islam dengan huruf-huruf jawi yang menjadi asas kepada tulisan Arab dan al-Quran. Mengenali huruf jawi memudahkan anak-anak membaca al-Quran.

Dengan lukisan kartun yang comel dan ilustrasi yang menarik, buku ini mampu memupuk minat anak-anak untuk membaca dan belajar tentang Islam. Semua muka surat buku ini penuh berwarna-warni dan penuh keceriaan untuk tatapan anak-anak. Gaya bahasanya juga mudah, dikayakan lagi dengan kosa kata Arab, Inggeris, dan Jawi. Ilustrasi buku ini juga memaparkan nilai-nilai murni untuk diikuti oleh anak-anak.

Semoga kehadiran buku yang comel dengan kartun yang menarik ini dapat memupuk sifat cintakan ilmu dalam diri anak-anak. Pastinya Ensiklomini Ibadah untuk Kanak-Kanak ini boleh dijadikan hadiah yang terbaik untuk anak-anak kita.


Jumlah Muka Surat : 48


  • Views: 310
  • Product Code: Ensiklomini Ibadah Untuk Kanak-kanak
  • Availability: In Stock
0 Product(s) Sold
  • RM9.00

Tags: Ensiklomini Ibadah Untuk Kanak-kanak

Menulis adalah satu kemahiran. Untuk menulis anak anak perlu mempunyai beberapa kemahiran lain terl..
RM20.00
Include:1 Set Button Nail Box1 Set Creative Geometry Box1 Set Creative Gear Box36 Gambar3 Pegboard A..
RM207.00 RM129.90
Description: Material: Silicone Color: Random Colors Scope of application: 3 to 12 years old effe..
RM3.00
Buku Cerita Allah Cipta Saya  hasil karya Puan Ashikin Hashim ni memang sangat best kerana :➡ S..
RM18.00
Details :Sesuai untuk anak seawal 4 tahun.✔ 118 m/s berwarna-warni.✔ Latihan sahaja.✔ Boleh digunaka..
RM35.00
5-Minutes Bedtime Reminders For Little Ones Author: Dr Anayasmin AzmiMedium: English LanguageDe..
RM18.00
Included:1 bag, 46pcs colorful buttons, 10 different pictures and storage trayFeature:Match and snap..
RM69.00 RM49.90
1 Pegboard Art1 Storage Tray12 Gambar9 Gear ButtonTerdapat 22 bentuk dan warna yang berbeza. Si keci..
RM69.00 RM49.90
Easier for early learning, help to differentiate shape and colour.This is a set of shape learning pu..
RM69.00 RM49.90
Children can drill colorful screws into the board to make tons of cool designsDrill uses 2 X AA batt..
RM89.90 RM48.00